[Beberan] Siri TV The Last of Us – Episod 6

Perhatian: Ini adalah perbincangan untuk episod 6 bagi siri TV The Last of Us dan akan mengandungi beberan/spoiler penceritaan, oleh itu jika anda masih tidak tontonnya boleh elak dari membacannya. Jika ingin membaca ulasan penuh tanpa spoiler anda boleh ke pautan ini – Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama

Episod 6 bermula dengan memperlihatkan semula apa yang terjadi kepada Henry di dalam episod lepas yang kita boleh katakan adalah mimpi ataupun apa yang bermain-main di fikiran Joel yang di dalam usaha mencari adiknya, telah mendapatkan ‘bantuan’ daripada pasangan warga tua yang bersendirian di satu kawasan bukit.

Selepas mendapat maklumat yang diinginkan – mereka perlu menyembarangi “River of Death” untuk ke penempatan manusia dengan harapan Tommy berada di situ. Namun, semasa di luar, Joel tiba-tiba mengalami serangan panik yang jelas memperlihatkan yang kejadian Henry dan Sam memberi kesan yang mendalam kepada Joel.

Episod ini juga akhirnya memperlihatkan satu interaksi di antara Ellie dan Joel yang boleh dikatakan popular di kalangan yang bermain permainan The Last of Us, iaitu Ellie cuba untuk bersiul tetapi gagal melakukannya. Adegan ini adalah “fan service” tetapi pada sama juga memperlihatkan yang perhubungan di antara Joel dan Ellie makin rapat, Joel juga dengan tegasnya mengatakan yang keselamatan Ellie adalah tanggungjawabnya.

Di dalam perjalanan, Joel dan Ellie menjumpai satu empangan dan merasakan mereka telah menjumpai “River of Death”. Tidak lama kemudian, sekumpulan manusia berkuda dan bersenjata api mengelilingi mereka berdua dan mengeluarkan seekor anjing yang dikatakan dapat mengesan jika seseorang itu dijangkiti ataupun tidak. Menariknya, anjing tersebut tidak dapat mengesan yang Ellie pernah digigit oleh zombi.

Dengan mengesahkan yang mereka berdua tidak dijangkiti, salah seorang daripada kumpulan tersebut menanyakan nama Joel dan selepas Joel menjawab, mereka di bawa ke satu komuniti manusia yang bukan FEDRA. Joel kemudian menjumpai adiknya, Tommy . Tommy memberitahu yang orang yang bertanyakan nama Joel adalah Maria iaitu isterinya.

Maria kemudian memberitahu yang komuniti dibina ini terdiri daripada 300 orang, dan mula terbina 7 tahun yang lepas. Mereka mengambil bekalan elektrik dari empangan dan mempunyai komuniti yang mampan dengan mempunyai makanan, dan pertahanan tersendiri.

Joel kemudian memberitahu kepada Tommy yang dia telah diupah oleh Firefly untuk membawa Ellie ke kem Firefly, dan Tommy memberitahu yang kem Firefly terdekat adalah di University of Colorado yang seminggu dua dari tempat tersebut. Joel mencadangkan yang Tommy bersama dengan dia untuk pergi ke universiti tersebut, akan tetapi Tommy menolak dan mengatakan yang dia akan jadi bapa tidak lama lagi kerana Maria sedang hamil.

Berita tersebut telah mencipta pertelingkahan di antara Joel dan Tommy. Joel masih lagi marah dengan Tommy kerana tidak menghubunginya selama ini, tetapi Tommy mengatakan yang komuniti ini melarang berhubung dengan orang luar. Tommy juga memberitahu yang dia mempunyai kehidupan berbanding Joel yang dikatakan sudah ‘berhenti hidup’.

Joel kemudian sekali lagi terkena serangan panik dan membayangkan anaknya Sarah berada di tempat itu sebelum menyedari yang itu adalah orang lain. Pada masa yang sama, di dalam perbualan kosong, Maria juga telah memberitahu kepada Ellie yang Joel pernah mempunyai anak bernama Sarah dan memberitahu kepada Ellie yang dia perlu berhati-hati dengan Joel tetapi tidak diendahkan oleh Ellie yang mengatakan Tommy juga pernah berbuat jahat.

Di dalam usaha untuk sekali lagi meminta Tommy membawa Ellie ke Firefly, Joel memberitahu kepada Tommy yang Ellie imun kepada jangkitan, selain itu Joel juga mengatakan yang dia sudah tidak seperti dulu dan tidak mampu untuk membawa Ellie dengan selamat. Adegan ini adalah menarik kerana di dalam permainan, Tommy hanya mengetahui mengenai Ellie di dalam Part II. Tommy kemudiannya bersetuju untuk membawa Ellie.

Joel kemudian menyedari yang Ellie terdengar perbualan dia dengan Tommy dan berlaku pergaduhan di mana Ellie mengatakan semua orang yang tidak kenal akhirnya meninggalkannya, kecuali Joel dan jika dia pergi dengan orang lain, dia akan jadi lebih takut. Ellie juga mengatakan yang dia bukan Sarah dan tidak tidak boleh dijangkiti. Joel sekadar membalas yang benar, dia bukan anaknya dan pada waktu pagi mereka akan berpisah.

Paginya, berbanding membiarkan Ellie pergi dengan Tommy, Joel telah mengatakan yang Ellie mempunyai pilihan untuk mengikut Tommy ataupun dirinya dan Ellie terus memilih Joel, semasa di dalam perjalanan juga diperlihatkan yang Joel mengajar Ellie cara menggunakan sniper rifle, menggambarkan yang perhubungan mereka makin rapat.

Joel dan Ellie akhirnya sampai di universiti akan tetapi mereka menyedari yang semua Firefly telah mengosongkan tempat tersebut, akan tetapi mereka menjumpai satu peta yang menuju ke Hospital St Mary di Salt Lake City.

Mereka kemudiannya menyedari ada beberapa orang manusia baru sampai ke universiti tersebut, semasa cuba melarikan diri, seorang daripada orang-orang tersebut menyerang Joel tetapi Joel membunuhnya, namun dia masih sempat untuk menikam Joel. Mereka berjaya melarikan diri akan tetapi Joel kemudiannya terjatuh dari kuda mengakhiri episod ini.

Adegan ini sedikit berbeza dengan permainan di mana Joel perlu melalui sebilangan manusia sebelum terjatuh dan tertikam. Namun, kejadian tersebut mungkin terlalu sukar untuk menjadi realistik di dalam siri TV ini, sebaliknya ditukar dengan adegan yang lebih ringkas tetapi membawa impak yang sama.

Sohor Kini