HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 3.5 yang menggunakan judul “Windblume’s Breath” akan tiba pada 1 Mac 2023. Kemaskini ini antaranya membawa kembali Windblume Festival dan dua watak baharu iaitu Dehya dan juga Mika.
Anda boleh tonton treler untuk kemaskini ini di bawah.
Selepas acara Lantern Rite di Liyue pada kemaskini yang lepas, kini giliran Mondstadt untuk menganjurkan acara mereka pula iaitu Windblume Festival bersempena dengan bermulanya musim bunga.
Melalui acara masa terhad ini, terdapat tiga permainan mini akan disertakan iaitu “Ballads of Breeze” yang merupakan permainan irama, “Floral Pursuit” iaitu permainan mengejar di dalam maze dan “Breezy Snapshots” permainan mengambil gambar.
Menyambut Windblume Festival bersama dengan Traveler, Collei, Tighnari dan juga Cyno akan turut mengujungi Mondstadt.
Bagi dua watak baharu pula adalah dua watak yang sudah diperkenalkan sebelum ini iaitu Dehya dan juga Mika.
Dehya adalah watak 5-bintang yang menggunakan claymore dengan elemen Pyro. Dia mempunyai Elemental Skill yang menghasilkan satu kawasan berapi yang bukan sahaja akan menyerang lawan tetapi akan memindahkan serang lawan terhadap rakan ke dirinya. Manakala Elemental Burst, Dehya akan tidak menggunakan claymore sebaliknya akan menyerang menggunakan penumbuk dan juga tendangan.
Mika pula adalah watak 4-bintang yang merupakan Knight of Favonius. Dia menggunakan polearm dan mempunyai elemen Cryo. Semasa menggunakan Elemental Skill, Mika juga boleh menggunakan panah untuk melakukan serangan. Manakala, Elemental Burst akan menyembuh HP untuk rakan sepasukan.
Bagi banner untuk kemaskini ini, pada pertengahan pertama adalah Dehya bersama dengan Cyno, manakala pada pertengahan kedua akan menyertakan Ayaka, Shenhe dan juga Mika. Dehya akan memasuki Standward Wish pada versi 3.6.
Bagi penceritaan pula, Dehya akan menerima Story Quest manakala Faruzan akan menerima Hangout Event. Traveler juga akan mengembara bersama dengan Dainsleif dan Kaeya untuk mengetahui lanjut mengenai Abyss Order dan juga adik Traveler.
HoYoverse juga mengumumkan yang pemain akan mendapat Interwined Fate tambahan untuk setiap Archon Quest yang diselesaikan. Manakala mod permainan kad Genius Invokation TCG akan menerima tiga kad baharu iaitu Eula, Sangonomiya Kokomi dan Kujou Sara bersama dengan mod masa terhad “Heated Battle Mode”.
Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.