Permainan Baharu Civilization Sedang Dibangunkan

Firaxis Games dan 2K hari ini telah mengumumkan yang permainan baharu Civilization sedang dibangunkan. Buat masa ini masih tidak disahkan jika permainan tersebut akan meneruskan nama Civilization VII ataupun menggunakan nama berlainan.

Civilization VI merupakan permainan terakhir yang dikeluarkan iaitu pada tahun 2016, mengambil beberapa tahun sebelum permainan baharu dikeluarkan adalah perkara biasa untuk siri Civilization, Civilization VI mengambil masa 6 tahun selepas Civilization V.

Pengumuman ini hadir selepas Firaxis Games melalui proses penstrukturan semula dengan ketua studio Steve Martin telah meninggalkan studio tersebut dengan Heather Hazen yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi.

Steve Martin dikatakan meninggalkan Firaxis Games selepas pelancaran Midnight Suns yang walaupun menerima ulasan yang baik termasuk juga dari kami sendiri, tetapi tidak mendapat jualan yang baik.

Sohor Kini