Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus pada bulan ini bagi pelanggan PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe. Berlainan dengan tawaran bulanan, permainan yang disertakan di dalam katalog ini tidak perlu ditebus dan boleh dimainkan tanpa bayaran tambahan selagi mana permainan-permainan ini ditawarkan dan langganan anda aktif.

Berikut adalah permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus bermula pada 21 Februari 2023;

  • Horizon Forbidden West
  • The Quarry
  • Resident Evil 7 Biohazard
  • Outriders
  • Scarlet Nexus
  • Borderlands 3
  • Tekken 7
  • Ace Combat 7: Skies Unknown
  • Earth Defense Force 5
  • Oninaki
  • Lost Sphear
  • I Am Setsuna
  • The Forgotten City

Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, anda juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • The Legend of Dragoon
  • Wild Arms 2
  • Harvest Moon: Back to Nature
  • Destroy All Humans!

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini