Returnal Kini Dilancarkan Untuk PC – Dengan Harga RM249

Housemarque telah melancarkan Returnal iaitu permainan roguelike untuk PC pada hari ini. Permainan ini boleh didapatkan melalui Steam dan juga Epic Games Store dengan harga RM249.

Versi PC ini antaranya menyokong pelbagai penambah-baikkan seperti menyokong paparan ultra-lebar termasuk juga super ultra-lebar, bagi PC yang spesifikasi tinggi, ray tracing untuk pantulan dan juga bayang juga boleh digunakan.

Tidak kira pemain menggunakan kad grafik NVIDIA ataupun AMD, Returnal menyokong kedua-dua teknologi super-sampling iaitu DLSS ataupun FSR.

Jika bermain menggunakan alat kawalan DualSense, segala fungsi yang hadir di alat kawalan tersebut seperti getaran haptik dan juga picu penyesuai juga disokong.

Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat pelbagai kelebihan bagi versi PC.

Returnal pertama kali dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada tahun 2021 dan menjadi antara permainan terawal dikeluarkan secara eksklusif untuk PS5 sahaja. Dibangunkan oleh Housemarque yang kemudiannya diambil alih oleh PlayStation Studios. Bagi versi PC, ia dibangunkan dengan kerjasama Climax Studios.

Kami masih lagi sedang mencuba versi PC dan akan keluarkan pendapat kami mengenainya tidak lama lagi, sementara itu, anda boleh baca terlebih dahulu ulasan kami untuk versi PS5 – Ulasan Returnal.

Sohor Kini