Riot Forge hari ini telah mengumumkan akan hadir dengan tiga permainan baharu berdasarkan dunia League of Legends iaitu The Mageseeker: A League of Legends Story, Convergence: A League of Legends Story dan Song of Nunu: A League of Legends Story yang akan dikeluarkan untuk konsol dan juga PC.
The Mageseeker: A League of Legends Story adalah permainan aksi RPG 2D yang dibangunkan oleh Digital Sun iaitu pembangun untuk permainan Moonlighter. Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut penceritaan Sylas. The Mageseeker akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini.
Convergence: A League of Legends Story pula adalah permainan aksi platformer 2D yang dibangunkan oleh Double Stallion Games. Di dalamnya pemain akan mengawal Ekko dan seperti kemahirannya, permainan ini akan menyertakan kebolehan untuk mengawal masa. Covergence akan dikeluarkan pada suku ketiga 2023.
Song of Nunu: A League of Legends Story sudah diumumkan sebelum ini dan dibangunkan oleh Tequila Works. Permainan ini akan dikeluarkan pada akhir tahun ini dan merupakan permainan pengembaraan solo dan anda boleh tonton video pengenalan untuk permainan ini yang dikongsi pada tahun lepas.
Sejak Riot Games menubuhkan Riot Forge pada tahun 2019, iaitu studio penerbitan yang bekerjasama pembangun pihak ketiga mereka telah hadir dengan dua permainan iaitu Ruined King: A League of Legends Story yang dibangunkan oleh Airship Syndicate dan Hextech Mayhem: A League of Legends Story yang dibangunkan oleh Choice Provisions.