GSC Buka Pra-Pembelian Untuk The First Slam Dunk

Selepas tayangan awal untuk filem The First Slam Dunk pada 11 Februari lepas, GSC kini telah membuka pra-pembelian untuk tiket bagi tayangan filem animasi tersebut dengan tayangan bermula pada 23 Februari 2023.

GSC juga telah mengumumkan dengan setiap pembelian dua tiket filem ini akan berpeluang untuk mendapatkan barangan berdasarkan filem ini seperti kad visual, poster, kad watak dan juga lencana hologram.

Di Jepun filem ini sudah ditayangkan pada tahun lepas lagi dan telah mengutip lebih RM290 juta. Filem ini memfokuskan kepada Ryota Miyagi yang bermain bola keranjang di sekolah Shohoku bersama dengan Hanamichi Sakuragi, Hisashi Mitsui, Kaede Rukawa dan Takenori Akagi.

Sohor Kini