Capcom sebelum ini telah mengumumkan yang permainan Resident Evil Village akan menerima mod VR sebagai DLC percuma untuk semua pemilik permainan tersebut.

Mod VR ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2023 bersama dengan pelancaran untuk PS VR2. Hari ini mereka juga telah berkongsi treler tatamain untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Melalui mod ini, keseluruhan permainan Resident Evil Village boleh dimainkan secara VR dan juga akan menyokong pelbagai fungsi yang hadir melalui PS VR2 seperti menjejak mata dan penggunaan alat kawalan PS VR2 Sense.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika Resident Evil Village versi PC akan menerima mod VR ini ataupun tidak.

Sohor Kini