Kingdom Come: Deliverance menyambut ulang tahun ke-5 pada bulan ini dan Warhorse Studios bersama dengan Prime Matter telah berkongsi treler baharu untuk permainan tersebut dan juga mengumumkan penambahan dua bahasa iaitu Czech dan Jepun.
Anda boleh tonton treler baharu tersebut di bawah.
Kingdom Come: Deliverance dilancarkan pada tahun 2018 dan merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka. Pemain akan menjadi Henry iaitu seorang rakyat biasa tetapi terlibat dengan peperangan yang sedang berlaku di Kerajaan Bohemia.
Setakat ini, mereka telah mengumumkan yang Kingdom Come: Deliverance telah terjual sebanyak 5.5 juta unit dan menerima lebih 30 anugerah.’
Kingdom Come: Deliverance sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Permainan ini juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan Kingdom Come: Deliverance.