Pada bulan Januari lepas Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka iaitu Free Fire akan menerima acara kolaborasi dengan permainan aksi popular oleh Capcom iaitu Devil May Cry 5 yang menjadikan acara kolaborasi pertama di antara dua permainan ini.
Hari ini, mereka telah mengumumkan yang acara tersebut kini bermula dan pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kosmetik berdasarkan Dante dan Nero. Ada boleh tonton video pelancaran untuk acara ini di bawah.
Selain dapat kelihatan seperti Dante dan Nero, permainan juga akan memperlihatkan gred di bahagian atas seperti yang hadir di dalam permainan Devil May Cry. Bagi Dante, pemain juga boleh menggunakan Devil Trigger.
Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Permainan battle royale ini boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.