Deep Silver bersama dengan pembangun Dambuster Studios telah mengumumkan yang mereka telah siap membangunkan Dead Island 2 selain itu turut mengumumkan yang permainan ini akan dikeluarkan lebih awal pada 21 April 2023 berbanding 28 April yang diumumkan sebelum ini.

Sesi pra-tempahan untuk permainan ini juga sudah dibuka untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store. Mereka juga mengumumkan yang lebih banyak perkongsian seperti tatamain dan treler baharu akan dikongsi sebelum pelancaran penuh.

Dengan penukaran tarikh ini, Dead Island 2 telah mengelak daripada dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan Star Wars Jedi: Survivor yang telah ditunda dari bulan Mac ke 28 April 2023.

Sohor Kini