Garena telah mengumumkan yang kejohanan Free Fire yang khusus untuk pasukan dari Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka iaitu MCPS Majors Musim 5 akan bermula pada 26 Februari 2023 dan akan menjadi kejohanan untuk memulakan musim esukan bagi Free Fire tahun ini.
MCPS Majors Musim 5 ini akan dibahagikan kepada empat peringkat bermula dengan pusingan kelayakan di dalam permainan untuk mencari 18 pasukan bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Akhir Kelayakan.
Pendaftaran untuk menyertai Peringkat Kelayakan di Dalam Permainan akan dibuka pada 24 Februari sehingga 25 Februari 2023 dan terbuka kepada pemain yang sekurang-kurangnya tahap 20 dan Rank Diamond.
Peringkat Akhir Kelayakan akan berlangsung pada 5 Mac 2023 yang turut disertai oleh 6 pasukan yang dijemput terus iaitu;
24 pasukan akan merebut 11 slot untuk ke peringkat Liga yang akan dipertandingkan pada 18 Mac sehingga 2 April. Peringkat ini juga akan turut melibatkan 6 pasukan yang dijemput terus iaitu;
Peringkat Liga akan memperlihatkan 12 pasukan terbaik melayakkan diri ke Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 15 April 2023.
Kejohanan MCPS Majors Musim 5 ini menawarkan hadiah terkumpul sehingga $50 ribu dan anda boleh mengikuti setiap peringkat melalui laman media sosial Garena Free Fire.