Warner Bros dan DC telah berkongsi treler baharu untuk filem The Flash yang antaranya memperlihatkan dua Batman iaitu Ben Affleck dan juga Michael Keaton. Selain itu, turut diperlihatkan Kara Denver ataupun Supergirl yang dilakonkan oleh Sasha Calle.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Filem The Flash ini dikatakan akan menjadi permulaan semula untuk DC Universe dengan menggunakan kejadian Flashpoint. Di dalam treler ini juga diperlihatkan jalur masa telah bercampur baur dengan The Flash lakonan Ezra Miller berjumpa dengan dua Batman.
Selain itu, The Flash juga tampaknya akan terlibat dengan pergaduhan dengan General Zod yang sebelum ini hanya melibatkan Superman. Supergirl juga hadir di bahagian akhir treler yang pada awalnya memperlihatkan dia baru bebas dari tahanan sebelum memakai kostumnya.
The Flash akan ditayangkan pada 13 Jun 2023.