Marvel hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang sekali lagi memperlihatkan bagaimana dendam lama Rocket membawa kepada pengembaraan baharu untuk Guardians.
Anda boleh tonton treler baharu ini di bawah.
Treler ini memperlihatkan bagaimana High Evolutionary lakonan Chukwudi Iwuji telah mengubah Rocket menjadi seperti yang kita kenali sekarang. Menurut Rocket, High Evolutionary melakukan eksperimen terhadap sesuatu bukan kerana ingin menjadikan mereka lebih baik, tetapi kerana dia sekadar tidak menyukai perkara yang biasa.
Selain itu, diperlihatkan juga Gamora yang kembali bukanlah Gamora yang dikenali oleh Peter Quill sebelum ini, sebaliknya Gamora baharu dan memerlukan Quill untuk memulakan semula perhubungan mereka.
Marvel Studios’ Guardians of the Galaxy Volume 3 akan mula ditayangkan pada 5 Mei 2023.