Perhatian: Ini adalah perbincangan untuk episod 5 bagi siri TV The Last of Us dan akan mengandungi beberan/spoiler penceritaan, oleh itu jika anda masih tidak tontonnya boleh elak dari membacannya. Jika ingin membaca ulasan penuh tanpa spoiler anda boleh ke pautan ini – Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama
Episod 5 bermula 10 hari sebelum kejadian di dalam episod 4 dengan memperlihatkan bagaimana kumpulan pemberontak yang diketuai oleh Kathleen menyerang FEDRA dan seperti kita sedia maklum, selepas peristiwa ini, FEDRA tidak lagi mempunyai kuasa di kawasan Kansas City ini. Kathleen juga mula mencari Henry yang pada waktu itu sudah menyorok.
Kemudian fokus beralih kepada Henry dan juga adiknya Sam yang mempunyai masalah pendengaran sesuatu yang berbeza dengan permainan video. Henry bersama Sam menyorok di tempat yang episod lepas diperlihatkan contengan oleh Sam. Tempat itu diberikan oleh Edelstein iaitu doktor yang pada episod lepas telah ditangkap dan dibunuh oleh Kathleen kerana bersubahat dengan Henry.
Henry dan Sam merancang untuk melarikan diri dari bandar tersebut menggunakan terowong yang menurut Edelstein bagaikan membunuh diri jika melalui terowong tersebut. Namun, perancangan mereka terjejas apabila Edelstein tidak kembali, atas sebab di atas, akan mereka menjumpai cara baharu apabila melihat Joel sedang melawan dengan beberapa orang, iaitu adegan di episod lepas.
Melihat yang Joel juga akan menjadi buruan Kathleen, Henry merasakan jika mereka bersama, perancangan mereka untuk melarikan diri akan mempunyai lebih harapan. Henry juga menceritakan mengenai FEDRA di Kansas City adalah jahat dengan melakukan penculikan dan merogol, namun Henry mengatakan dia merupakan pemberi maklumat kepada FEDRA yang digelar sebagai “collaborator”.
Joel pada awalnya mengatakan yang dia tidak bekerjasama dengan ‘rat’ merujuk kepada Henry merupakan collaborator, akan tetapi Henry mengatakan yang dia tidak mempunyai keupayaan untuk melawan walaupun mengetahui cara untuk melarikan diri dan mengatakan yang dia akan tunjuk cara untuk keluar dari bandar tersebut dan Joel hanya perlu memastikan mereka selamat.
Manakala Ellie yang sudah lama tidak bersama dengan sesiapa yang berumur sama telah berhubung dengan baik bersama dengan Sam yang mungkin telah membuatkan Joel lebih terbuka untuk menolong Henry dan Sam. Henry kemudian menjelaskan yang Kansas City mempunyai terowong yang digunakan untuk urusan penyelenggaraan dan 15 tahun yang lepas FEDRA telah mengurung zombi di terowong tersebut.
Henry kemudian mengatakan yang menurut FEDRA, terowong tersebut telah kosong dengan zombi semua telah mati ataupun tidak lagi aktif, walaupun Joel masih tidak yakin dengan perancangan tersebut akan tetapi dia bersetuju kerana tiada pilihan lain.
Selepas berjaya memasuki terowong yang dipercakapkan, mereka telah menjumpai satu tempat yang menjadi tempat menyorok dengan terdapat pelbagai contengan dan juga mainan kanak-kanak. Henry juga telah memberi tahu Joel yang Kathleen memburu dia adalah kerana dia telah memberi informasi kepada FEDRA mengenai abang Kathleen iaitu ketua pemberontak sebenar yang mengakibatkan dia dibunuh. Henry melakukannya kerana ingin mendapatkan ubat dari FEDRA kerana Sam mempunyai penyakit leukemia.
Mereka akhirnya berjaya keluar dari terowong tersebut dan memasuki di kawasan perumahan, akan tetapi tidak lama selepas itu, mereka diserang oleh seorang sniper. Joel berjaya untuk membunuh sniper tersebut akan tetapi Kathleen bersama dengan ‘tenteranya’ juga telah tiba di tempat tersebut yang memaksa mereka berempat untuk mempertahankan dan melarikan diri.
Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila kesan daripada serangan tersebut membuka satu lubang kawasan tersebut dan ratusan jika tidak ribuan zombi keluar termasuk juga Bloater yang merupakan antara jenis zombi paling ditakuti di dalam permainan. Di dalam kecelaruan tersebut, kumpulan Kathleen ramai yang terbunuh termasuk Kathleen sendiri dan mereka berempat berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut.
Semasa berada di tempat yang selamat, Ellie dan Sam berborak mengenai apa perkara yang paling ditakuti mereka, Ellie pada awalnya bergurau mengatakan kala jengking akan tetapi kemudian mengatakan dia takut ditinggalkan berseorangan yang merupakan suatu perkara yang penting di dalam pengembangan watak Ellie.
Sam kemudiannya menanyakan kepada Ellie jika dia bertukar menjadi zombi, adakah dia masih dirinya – sebelum memperlihatkan kesan gigitan zombi di kaki. Ellie kemudian menunjukkan kesan gigitan dia sendiri dan mengatakan yang darahnya adalah penawar dan menggunakan darahnya untuk ke tempat gigitan di kaki Sam dengan harapan, tindakan itu dapat menyembuhkan Sam juga.
Namun, perkara tersebut adalah sia-sia kerana Sam bertukar menjadi zombi dan Henry terpaksa membunuhnya sebelum membunuh diri sendiri kerana terlalu sedih dengan keadaan yang itu meninggalkan Joel dan Ellie kembali bersendirian.
Sebelum meninggalkan kawasan tersebut, Joel dan mengebumikan Henry dan Sam, Ellie meninggalkan satu tulisan di kubur Sam mengatakan dia meminta maaf, merujuk kepada darahnya tidak berkesan dan juga mungkin rasa bersalah kerana dia tidak boleh dijangkiti tetapi tidak dapat membantu orang lain.