Jika anda adalah peminat Nike dan Michael Jordan, anda pasti mengenali siri kasut Air Jordan. Kisah di sebalik kolaborasi Nike dan Jordan ini mungkin dikenali ramai dan turut boleh ditonton di Netflix melalui dokumentari The Last Dance.

Tetapi MGM ada filem baharu yang menceritakan kisah benar di sebalik kerjasama ini melalui, Air.

Filem ini ditulis oleh Alex Convery dan diarahkan oleh Ben Affleck. Air turut diterbitkan oleh Affleck dan Matt Damon. Filem ini mengisahkan bagaimana Sonny Vacaro (Damon) penjual di Nike dan Phil Knight (Affleck) pengerusi Nike mendapatkan Michael Jordan untuk menandatangani dengan mereka untuk memakai kasut Nike. Situasi ini berlaku pada tahu 1984 dan ia adalah detik sejarah bagaimana Nike mengubah dunia sukan dengan jenama Air Jordan.

Berdasarkan treler, filem Air memperlihatkan bagaimana pekerja-pekerja Nike yang sanggup berkorban, ibu yang mengetahui nilai anak yang berbakat, serta pelbagai konflik lagi di sebalik kerjasama ini.

Pelakon yang terlibat dengan filem ini turut termasuk Jason Bateman sebagai Rob Strasser peguam Nike, Chris Messina sebagai David Falk ejen NBA, Marlon Wayans sebagai pengarah pemasaran Nike George Raveling, Viola Davis sebagai Deloris Jordan ibu kepada Michael dan ramai lagi.

Air akan ditayangkan pada 5 April nanti dan masih tiada maklumat jika filem ini akan ditayangkan di Malaysia.

Sohor Kini