Nintendo ketika Nintendo Direct hari ini telah mengumumumkan Metroid Prime menerima versi Remastered, tambahan pada itu, mereka juga melancarkan permaianan tersebut hari ini untuk Nintendo Switch.
Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.
Metroid Prime pertama kali dikeluarkan pada tahun 2002 untuk GameCube dan Wii yang merupakan permainan kelima di dalam siri Metroid tetapi yang pertama untuk sub-siri Metroid Prime dan juga permainan pertama yang menggunakan first-person berbanding third-person.
Metroid Prime juga boleh dikatakan antara permainan terbaik di dalam siri Metroid dan untuk Nintendo mengumumkan dan melancarkan versi penambah-baikkan ini pada hari yang sama, sudah semestinya satu perkara yang mengejutkan tetapi pada masa sama akan disukai oleh peminat.
Metroid Prime Remastered sudah boleh didapatkan di Nintendo eShop dengan harga $39.99.