Nintendo akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan seterusnya The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom akan dikeluarkan pada 12 Mei 2023 untuk Nintendo Switch dan sudah boleh di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $69.99.
Mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.
Dengan permainan membawa pemain ke kawasan di udara, Link juga mempunyai pelbagai cara baharu untuk mengembara bersama dengan beberapa kuasa yang sama tiba daripada permainan sebelum ini.
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom merupakan permainan susulan terus untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild.