Nintendo Direct yang berlangsung pada hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Pikmin 4 iaitu permainan seterusnya di dalam siri Pikmin ini. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang Pikmin 4 akan dilancarkan pada 21 Julai 2023 untuk Nintendo Switch.
Permainan utama terakhir untuk Pikmin dikeluarkan pada 2013 melalui Pikmin 3, selepas penantian lebih kurang 10 tahun, pemain akhirnya dapat kembali ke dunia Pikmin untuk menyelesaikan pelbagai tekaria dan melawan dengan penjahat yang tetap comel.