Blizzard telah mengumumkan maklumat lanjut mengenai segala kandungan yang akan tiba untuk musim ketiga bagi permainan menembak multi-pemain mereka Overwatch 2 yang bermula pada minggu ini.

Antara yang disertakan adalah peta baharu untuk Mod Control iaitu Antartic Peninsula yang merupakan lokasi di mana Overwatch Ecopoint menyiasat mengenai kejadian aneh dan juga tempat karamnya kapal icebreaker yang gagal menyelamatkan Mei-Ling Zhou dan rakannya.

Musim ini juga memperlihatkan kembalinya Overwatch Credits yang pemain boleh dapatkan dengan bermain dan kredit ini boleh digunakan untuk menebus barangan kosmetik di dalam permainan.

Blizzard juga telah mengumumkan pelbagai kemaskini dan juga keseimbangan semula untuk Hero di dalam permainan ini, ini termasuklah membaiki pepijat yang hadir secara khusus untuk sesetengah hero.

Mereka juga berkongsi acara-acara terhad yang akan tiba sepanjang musim ke-3 ini iaitu Ultimate Valentine pada 14 Februari sehingga 28 Februari, Overwatch 2 x One Punch Man bermula pada 7 Mac sehingga 6 April dan Pachi Marchi bermula pada 21 Mac sehingga 4 April.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini