Nintendo hari ini telah berkongsi laporan kewangan bagi suku kedua untuk tahun fiskal 2022-2023 yang memperlihatkan prestasi syarikat tersebut dari Bulan Oktober sehingga Disember tahun lepas.

Sepanjang tiga bulan tersebut, konsol Nintendo Switch telah terjual sebanyak 8.22 juta unit dan membawa jumlah keseluruhan kepada 122.55 juta unit dan menjadi konsol Nintendo kedua terlaris mengatasi Game Boy tetapi masih lagi di-belakang Nintendo DS yang terjual 154.02 juta unit.

Pecahan mengikut model adalah seperti berikut, jumlah keseluruhan di dalam bracket;

  • Nintendo Switch – 3 juta (88.67 juta)
  • Nintedo Switch OLED – 4.15 juta (13.49 juta)
  • Nintendo Switch Lite – 1.07 juta (20.4 Juta)

Bagi jualan untuk permainan keluaran mereka, Pokemon Scarlet/Pokemon Violet yang dikeluarkan pada bulan November telah terjual sebanyak 20.61 juta dan sekaligus menjadi permainan ke-7 dengan jualan tertinggi menyertai Pokemon Sword/Pokemon Shield dan Pokemon Let’s Go.

Sohor Kini