Marvel Snap Memasuki Musim Baharu Hari Ini – Bertemakan Ant-Man

Marvel Snap memasuki musim baharu hari ini yang juga merupakan musim ketiga, tema bagi musim ini adalah The Quantum Realm bersempena dengan filem Ant-man and the Wasp: Quantumania akan mula ditayangkan pada bulan ini.

Bagi Pas Semusim akan memberikan kad baharu iaitu MODOK yang mempunyai kebolehan “On Reveal: Discard Your Hand” yang merupakan satu mekanik yang menarik dan mungkin akan digunakan bersama dengan kad seperti Hela dan Morbius.

Selain MODOK, Pas Semusim juga akan menyertakan kad Ant-man dan Wasp termasuk juga dua rekaan untuknya, hiasan kad dan juga Avatars bersama dengan pelbagai ganjaran lain mengikut kemajuan di dalam permainan.

Sepanjang musim ini, tiga kad baharu juga akan disertakan iaitu Ghost, Stature dan juga Kang The Conqueror. Zabu iaitu kad dari Pas Semusim lepas juga akan disertakan di dalam pool.

4 lokasi baharu yang akan diperkenalkan pula adalah seperti berikut;

  • The Sacred Timeline – Pemain pertama yang memenuhi tempat ini akan mendapat salinan kad pembukaan
  • Quantum Tunnel – Kad yang dimainkan disini akan ditukar dengan kad ditangan
  • Camp Lehigh – Tambah 3 kad secara rawak untuk setiap pemain
  • Quantum Realm – Setiap kad yang dimainkan disini akan mempunyai Power 2

Marvel Snap sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Permainan ini ditawarkan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini