Apex Legends menyambut ulang tahun ke-4 untuk permainan battle royale tersebut dan mereka telah mengumumkan musim baharu iaitu Apex Legends: Revelry, menariknya musim baharu ini tidak akan menyertakan Legend baharu akan tetapi Respawn Entertainment sebaliknya mengumumkan penambahan dan juga keseimbangan semula untuk Legend sedia ada.

Legend sedia ada akan dibahagikan kepada lima kelas iaitu Assault, Skirmisher, Recon, Controller dan Support dengan setiap daripada kelas tersebut akan mempunyai Perks tersendiri yang akan diumumkan oleh Respawn Entertainment kemudian.

Respawn Entertainment juga telah mengumumkan yang 6 Legends akan menerima keseimbangan semula antaranya adalah Wraith, Lifeline dan Seer maklumat lanjut mengenai keseimbangan semula ini juga akan dikongsi kemudian.

Bagi mod permainan pula, mod Arena akan ditamatkan dengan pengenalan Team Deathmatch 6 lawan 6 sebagai mod masa terhad. Apex Legends juga akan menerima Mixtape yang akan menyertakan bebepa mod masa terhad dan akan bertukar dari semasa ke semasa.

Bagi pemain baharu, Apex Legends akan menerima “Perlawanan Orientasi” yang akan meletakkan pemain untuk bertempur dengan bot terlebih dahulu sebelum menyertai sesi permainan secara tersebut.

Apex Legends: Revelry akan bermula pada 14 Februari 2023 dan pemain juga boleh dapatkan pelbagai ganjaran di dalam permainan dengan log masuk setiap hari apabila musim baharu ini bermula.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Apex Legends juga telah menerima versi mudah alih tetapi versi tersebut akan ditutup pada bulan Mei ini.

Sohor Kini