Melihat Mario sebagai watak utama di dalam The Last of Us boleh dikatakan sebagai satu perkara di luar jangkaan kami terutama kerana kedua-dua permainan hadir dari dua penerbit yang berbeza bahkan boleh dikatakan pencabar di dalam industri permainan video.
Itulah yang telah dilakukan oleh Saturday Night Live yang pada minggu ini menyertakan Pedro Pascal sebagai tetamu. Bersempena dengannya mereka telah hadir dengan satu video parodi yang menjadikan Pedro Pascal sebagai Mario, akan tetapi dengan video bertemakan The Last of Us.
Gabungan di antara Mario dan The Last of Us ini adalah perkara yang menarik, tetapi secara jujurnya kami juga merasakan Pedro Pascal menyuarakan watak Mario dengan lebih baik berbanding Chris Pratt.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.