Hoyoverse hari ini telah mengatakan yang mereka di dalam proses untuk mengesahkan kesan kepada polisi baharu oleh Twitter kepada log masuk Genshin Impact menggunakan akaun laman sosial yang dimiliki oleh Elon Musk tersebut.
Sementara mereka mengesahkan perkara ini, Hoyoverse juga mencadangkan untuk pemain yang menggunakan log masuk menggunakan Twitter untuk menyambung akaun mereka kepada emel tersendiri agar tidak mempunyai masalah di masa hadapan.
Anda boleh lakukannya di pautan ini.
Polisi baharu yang dipercakapkan ini adalah Twitter tidak lagi memberi akses kepada API mereka secara percuma, sebaliknya mereka menyediakan API yang berbayar. Anda boleh baca lanjut mengenai perkara ini di Amanz.
Oleh itu, sistem log masuk menggunakan Twitter adalah menggunakan API Twitter yang sebelum iniadalah percuma. Hoyoverse mungkin sedang meminta pengesahan daripada Twitter jika bayaran diperlukan untuk terus menyertakan fungsi ini.
Perkara ini mungkin diumumkan oleh Hoyoverse akan tetapi sebarang kesan daripada polisi baharu ini akan melibatkan kesemua perkhidmatan termasuk juga permainan video yang menggunakan log masuk menggunakan Twitter.