Knockout City Akan Ditutup Pada 6 Jun 2023

Velan Studios telah mengumumkan yang Knockout City iaitu permainan multi-pemain dodgeball akan ditutup selepas musim terakhir iaitu musim ke-9 berakhir pada 6 Jun 2023.

Selepas tarikh tersebut, Knockout City tidak lagi boleh diakses, akan tetapi mereka akan menyediakan permainan tersebut untuk dipasangkan di dalam pelayan sendiri jika pemain ingin bermain bersama rakan.

Knockout City dikeluarkan pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada EA Origin akan tetapi pada tahun 2022 mereka mengumumkan yang menerbitkan sendiri permainan ini dan menjadi permainan percuma untuk dimainkan.

Anda masih lagi boleh memuat turun dan bermain, tetapi apabila musim 9 bermula pada 28 Februari kelak, tiada lagi pembelian di dalam aplikasi akan disertakan.

Sohor Kini