Epic Games Store menawarkan dua permainan bagi minggu ini untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Dua permainan yang ditawarkan adalah Dishonored: Death of the Outsider dan juga City of Gangsters.
Dishonored: Death of the Outsider adalah permainan aksi pengembaraan yang merupakan permainan sampingan kepada Dishonored 2. Pemain akan mengawal Billie Lurk, salah seorang watak NPC di dalam Dishonored 2.
Muat Turun: Dishonored: Death of the Outsider
City of Gangsters adalah permainan pengurusan bandar tetapi memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti jenayah. Pemain boleh memerah ugut dan juga memberi rasuah kepada polis untuk memastikan operasi dapat diteruskan.
Muat Turun: City of Gangsters
Kedua-dua permainan ini boleh ditebus bermula sekarang sehingga 10 Februari 2023 sebelum diganti dengan satu permainan iaitu Recipe for Disaster.