Skip to main content

Turtle Rock Studios hari ini telah mengumumkan yang selepas menerima tiga penambahan, Back 4 Blood tidak lagi akan menerima kandungan baharu dengan pasukan pembangun beralih untuk membangunkan permainan baharu.

Mereka juga mengatakan yang Turtle Rock Studios adalah satu studio yang kecil oleh itu mereka tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk membangunkan permainan baharu dan menambah kandungan bagi permainan sedia ada.

Namun mereka menegaskan yang Back 4 Blood akan masih boleh dimainkan termasuk juga terus akan ditawarkan untuk pelanggan PlayStation Plus dan juga Xbox Game Pass.

Back 4 Blood dikeluarkan pada tahun 2021 dan setakat tahun lepas, permainan tersebut telah mempunyai lebih 10 juta pemain. Back 4 Blood sudah dikeluarkan PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply