EA dan Maxis telah mengumumkan penambahan seterusnya untuk The Sims 4 iaitu The Sims 4 Growing Together yang akan menyertakan lokasi baharu dan juga pelbagai penambahan yang memfokuskan kepada perhubungan kekeluargaan.
Lokasi baharu yang disertakan adalah San Sequoia yang akan menyertakan lebih banyak kawasan untuk aktiviti bersama keluarga membolehkan pemain berinteraksi bukan sahaja dengan jiran tetapi juga dengan ahli keluarga sendiri.
Penambahan utama kali ini adalah bayi kini diperkenalkan dan bersamanya adalah kerja paling sukar di dunia iaitu menjadi bayi itu sendiri. Penjagaan bayi akan dikembangkan lagi dan fungsi ini akan tiba kepada semua pemain, tetapi yang mendapatkan penambahan Growing Together, pelbagai fungsi tambahan seperti milestones untuk bayi itu sendiri.
Penambahan Growing Together ini juga akan menyertakan Quirks untuk bayi dan Aspirations baharu untuk anak yang setiap-nya akan menjadikan bayi dan juga anak-anak mempunyai perangai yang berbeza-beza.
The Sims 4 Growing Together Expansion Pack akan dikeluarkan pada 16 Mac 2023 dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi pada 3 Mac 2023. The Sims 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, dan PC.