Apple Arcade telah mengumumkan 4 permainan yang akan menyertai perkhidmatan tersebut pada bulan ini. Empat permainan tersebut adalah Castle Crumble, Riptide GP: Renegrade+, Farmside dan Lifeline+.

Castle Crumbel dibangunkan oleh Orbital Knight yang sebelum ini hadir dengan permainan Spire Blast. Permainan tekaria berdasarkan fizik ini sudah tiba di Apple Arcade menyertakan pelbagai peringkat untuk dimainkan.

Riptide GP: Rengrade+ adalah permainan perlumbaan menggunakan jet air yang dibangunkan oleh Vector Unit. Permainan ini akan tiba pada 10 Februari 2023 dan akan menyokong sesi permainan secara solo dan juga multi-pemain sehingga 8 pemain.

Farmside adalah permainan simulasi berkebun yang dibangunkan oleh Team17, permainan ini juga akan menyertakan misi yang mendalam bersama dengan pelbagai cabaran yang boleh dilakukan oleh pemain. Farmside akan dikeluarkan pada 17 Februari 2023.

Lifeline+ adalah permainan pengembaraan berdasarkan teks yang dibangunkan oleh 3 Minute Games. Penceritaan bagi permainan ini ditulis oleh Dave Justus yang merupakan penulis untuk siri buku komik Fables: The Wolf Among Us. Lifeline+ akan mula ditawarkan pada 24 Februari 2023.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini