Razer telah mengumumkan model baharu untuk siri tetikus Viper Mini mereka iaitu Razer Viper Mini Signature Edition yang merupakan tetikus paling ringan pernah dihasilkan oleh mereka dengan mempunyai berat 49 gram sahaja.

Mengekalkan rekaan Viper Mini, model baharu ini dihasilkan menggunakan rangka aloi magnesium untuk memberikan tetikus yang tahan lasak tetapi masih lagi ringan dengan nisbah berat-ke-ketahanan yang tinggi.

Razer Viper Mini Signature Edition ini boleh digunakan dengan wayar ataupun tidak, dengan penggunaan secara nirwayar ketahanan bateri adalah sehingga 60 jam selepas pengecasan penuh. Tetikus ini menggunakan sensor optikal Razer Focus Pro 30K.

Buat masa ini pelancaran tetikus ini di Malaysia masih tidak diumumkan, tetapi melalui laman Razer.com, Razer Viper Mini Signature Edition akan ditawarkan bermula 12 Februari dengan harga $279.99 (~RM1194).

Sohor Kini