Pada bulan Oktober tahun lepas, EA dan juga Maxis telah mengumumkan yang permainan baharu untuk siri The Sims yang buat masa ini dikenali sebagai Project Rene sedang dibangunkan.
Melalui perkongsian terbaru, mereka telah mengatakan yang sesi percubaan untuk permainan tersebut sedang dilakukan dengan pemain yang terpilih. Antara yang diuji adalah membolehkan pemain untuk mengubahsuai perabot dengan lebih mendalam.
Selain itu, mereka juga menguji fungsi untuk menghias rumah bersama dengan rakan dan mengatakan yang The Sims baharu ini bukan sahaja akan dimainkan dengan NPC tetapi juga bersama dengan rakan, megacahkan yang The Sims 5 ini akan menyertakan mod multi-pemain.
Sebelum ini, mereka juga telah memperlihatkan fungsi rentas platform, di mana anda boleh melakukan pengubah-suaian di telefon pintar, dan ubah-suai terus diperlihatkan di PC.
Anda boleh tonton video penuh perkongsian mereka di bawah.