Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Februari untuk pemain di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 7 Februari 2023 sehingga 6 Mac 2023;

  • Evil Dead the Game
  • Olli Olli World
  • Destiny 2 Beyond Light
  • Mafia – The Definitive Edition
  • Sword Art Online Alicization Lycoris

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Januari anda masih boleh melakukannya sehingga 6 Februari 2023.

Sohor Kini