God of War Ragnarok Telah Terjual 11 Juta Unit

Santa Monica Studio telah mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu God of War Ragnarok telah terjual sebanyak 11 juta unit setakat ini, memperlihatkan penambahan lebih kurang 5 juta unit berbanding November lepas.

God of War Ragnarok telah terjual sebanyak 5.1 juta unit pada minggu pertama pelancaran yang telah memecah pelbagai rekod antaranya Ragnarok adalah permainan terlaris untuk permainan pihak pertama oleh SIE dan Ragnarok juga permainan terlaris di dalam siri God of War.

Pencapaian ini tidak mengejutkan dengan Ragnarok adalah antara permainan terbaik tahun lepas, dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan God of War: Ragnarok. Ini juga adalah berita baik untuk Prime Video yang bakal hadir dengan siri aksi nyata berdasarkan permainan ini.

God of War Ragnarok sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Sohor Kini