Electronic Arts atau EA hari ini membuat pengumuman mengejut, sekaligus mengatakan akan menghentikan penawaran Apex Legends Mobile pada 1 Mei 2023 kelak.

Disamping itu, EA juga turut membatalkan pembangunan permua terbaharu mereka, Battlefield Mobile.

Kedua-dua permainan ini ditawarkan tidak sampai setahun, malah Battlefield Mobile hanya ditawarkan secara terhad kepada pengguna sejak November 2022 lepas.

Walaupun tidak dinyatakan sebab secara menyeluruh, EA mengekalkan dengan mengatakan mereka masih sedang melihat ke visi masa hadapan untuk permainan mereka pada peranti mudah-alih.

EA juga turut memaklumkan mereka ingin pertimbang serta melihat kepada strategi sesuatu permainan itu secara menyeluruh – termasuk memberikan pengalaman dalam permainan pada peranti mudah-alih.

Buat masa ini, perubahan ini hanya pada platform mudah-alih sahaja, dan kedua-duanya masih kekal ditawarkan seperti biasa termasuk pembangunannya untuk platform lain.

Sohor Kini