Arena esukan tampaknya terus meriah dari hari ke hari. Selepas Soloz pada tahun 2022 lepas, kini Izzrudin @ Jumper turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat ini telah diadakan di Istana Besar Negeri Sembilan menghadap DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk menerima pingat.

Muhammad Izzrudin “Jumper” Hashim telah sedia mewakili Malaysia sebelum ini pada acara Sukan SEA Ke-31 di Vietnam. Jumper yang lahir pada tahun 1998 ini masih aktif bermain dalam permainan PUBG Mobile sehingga ke hari ini.

Dengan penganugerahan pingat ini, ia dijangka memberikan lebih semangat kepada anak-anak muda dan juga belia dalam terus mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai arena – termasuk esukan.

Sohor Kini