Selepas beberapa tahun dibatalkan akibat pandemik Covid-19, E3 kembali sebagai acara fizikal pada tahun ini yang akan bermula pada 13 Jun seperti yang diumumkan oleh Entertainment Software Association (ESA) sebelum ini.

Berdasarkan laporan oleh VGC dan juga IGN, tampaknya tiga pengeluar konsol utama iaitu PlayStation, Xbox dan Nintendo tidak akan menyertai penganjuran E3 tersebut dan tidak akan mempunyai sebarang reruai di acara tersebut, sekurang-sekurangnya bukan secara terus.

Sejak bermulanya pandemik, ketiga-tiga pengeluar konsol ini mula hadir dengan acara mereka, Nintendo sebelum pandemik lagi sudah mempunyai Nintendo Direct, PlayStation pula hadir dengan State of Play dan Xbox melalui Xbox & Bethesda Games Showcase.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika mereka akan masih lagi menganjurkan acara tersebut semasa minggu E3.

Walaupun kehilangan tiga nama besar di dalam industri permainan video ini, E3 masih lagi dijangka meriah dengan banyak penerbit dan juga pembangun permainan video mengambil kesempatan ini untuk mempromosi ataupun mencari rakan kongsi selepas beberapa tahun tidak dapat melakukannya.

Sohor Kini