Acer Umum Dua Monitor Nitro Baharu – 100Hz, DisplayPort

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan dua model monitor Nitro baharu iaitu Nitro VG240YE yang bersaiz 24-inci dan Nitro VG270E yang bersaiz 27-inci. Kedua-dua model ini menyokong kadar segar semula sehingga 100Hz.

Selain itu, berbanding sekadar menyokong sambungan VGA dan HDMI sahaja sebelum ini, model baharu ini turut dilengkapi dengan DisplayPort untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Spesifikasi lain adalah mempunyai 1ms kadar reaksi, menyokong teknologi AMD FreeSync dan dilengkapi dengan panel IPS dengan resolusi Full HD.

Kedua-dua monitor ini sudah boleh didapatkan melalui kedai Acer ataupun mana-mana pengedar rasmi dengan harga RM459 untuk Nitro VG240YE dan RM549 untuk VG270E.

Sohor Kini