Pengarah dan penerbit terkemuka di Malaysia Datuk Yusof Haslam telah mengkritik keputusan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang telah memotong banyak bahagian termasuk juga di dalam filem keluaran terbaru beliau Harum Malam.

“Saya betul-betul kesal kerana begitu banyak dialog ‘dipadam’ dan ada adegan dikaburkan. Saya harap LPF lebih terbuka… kenapa kita perlu bodohkan penonton?” katanya yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Filem Harum Malam dikatakan perlu melakukan 17 potongan ke atas filem tersebut sebelum mereke bersetuju untuk membiarkannya tetapi perlu mengklasifikasikan filem tersebut kepada P13. Menurut Yusof Haslam yang merupakan penerbit eksekutif untuk filem ini, klasifikasi tersebut akan mengganggu kutipan jualan tiket.

Yusof Haslam juga menggunakan filem-filem di Netflix yang mempunyai adegan yang lebih teruk serta filem-filem Tamil yang menerima klasifikasi P13 walaupun wajar diberi P18. LPF perlu bersikap lebih terbuka dan tidak menyempitkan pemikiran penonton filem.

LPF sebelum ini telah mengumumkan akan memperkenalkan sistem klasifikasi baharu dengan menambah P12, dan 16. Sistem baharu ini akan berkuatkuasa pada bulan Februari.

Filem Harum Malam akan disiarkan di pawagam bermula pada 9 Februari 2023.

Sohor Kini