Tiada Perancangan Untuk Permainan Baharu XCOM

Jake Solomon adalah Pereka untuk permulaan semula siri XCOM iaitu XCOM: Enemy Unknown, beliau kemudian menjadi Pengarah untuk XCOM 2 dan terbaru beliau menjadi pengarah untuk Marvel’s Midnight Suns.

Melalui temubual bersama dengan VGC, beliau ditanya mengenai apa seterusnya untuk siri XCOM dan Solomon mengatakan yang buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang informasi mengenai siri tersebut dan sibuk dengan Midnights Suns pada waktu ini.

Permainan terakhir yang dikeluarkan untuk XCOM adalah XCOM: Chimera Squad yang dikeluarkan pada tahun 2020 akan tetapi permainan tersebut lebih kepada permainan sampingan berbanding permainan utama untuk siri ini.

Marvel’s Midnight Suns dikeluarkan pada akhir tahun lepas dan akan menerima beberapa kandungan tambahan dengan terdekat adalah watak Deadpool yang sudah tiba di dalam permainan tersebut dengan Venom, Morbius dan Storm akan tiba kemudian.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Marvel’s Midnight Suns di pautan berikut – Ulasan Marvel’s Midnight Suns dan juga untuk XCOM: Chimera Squad di pautan berikut – Ulasan XCOM: Chimera Squad.

Sohor Kini