Artikel Menarik Semalam merupakan segmen terbaru di Aksiz di mana kami akan berkongsi artikel-artikel menarik yang diterbitkan semalam untuk memudahkan anda mencari berita yang diinginkan dan juga memastikan anda tidak terlepas dengan berita-berita terbaru. Selain berita, kami juga sertakan sebarang artikel asli seperti pendapat ataupun ulasan, jika ada.

Berikut adalah artikel-artikel menarik semalam;

1. Siri Aksi Nyata Ke Netflix Tahun Ini

Netflix telah mengumumkan yang siri aksi nyata berdasarkan anime dan manga popular One Piece akan disiarkan pada tahun ini. Mereka juga berkongsi poster terbaru.

Baca Lanjut: Siri Aksi Nyata One Piece Tiba Di Netflix Tahun Ini

2. Ejen Ali the Movie 2 Disahkan

Wau Animation telah mengumumkan yang filem kedua untuk Ejen Ali yang mungkin menggunakan judul Ejen Ali the Movie 2 di dalam peringkat awal pembangunan dengan masih tiada tarikh tayangan diumumkan.

Baca Lanjut: Ejen Ali The Movie 2 Kini Dalam Peringkat Awal Pembangunan

3. Ulasan Ejen Ali Musim 3

Dengan episod terakhir untuk Ejen Ali musim ketiga telah disiarkan pada hujung minggu lepas, kami juga telah berkongsi ulasan untuknya yang kami berpendapat siri ini menyertakan penceritaan paling matang, mantap dan memuaskan.

Baca Lanjut: Ulasan – Ejen Ali Musim 3

4. PlayStation 5 Lebih Mudah Untuk Dibeli Tahun Ini

Sony Interactive Entertainment melalui perkongsian terbaru mereka telah mengatakan yang konsol PlayStation 5 akan lebih mudah untuk dibeli pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas. Mereka juga berkongsi video iklan baharu untuknya.

Baca Lanjut: Sony: PlayStation 5 Akan Lebih Mudah Untuk Dibeli Tahun Ini

5. Ulasan Forspoken

Forspoken adalah permainan aksi pengembaraan terbaru dari Luminous Productions yang membangunkan Final Fantasy XV dan diterbitkan oleh Square Enix. Forspoken adalah satu permainan aksi pengembaraan yang menarik dan bergaya tetapi penulisan dan pengisian dunia terbuka mengecewakan.

Baca Lanjut: Ulasan Forspoken

6. Perbincangan Mengenai Siri TV The Last of Us Episod 3

Seperti setiap minggu apabila episod baharu dikeluarkan, kami berkongsi pendapat mengenai apa yang berlaku di dalam episod terbaru untuk siri TV The Last of Us. Di dalam episod 3 ini penceritaan memfokuskan kepada dua watak penting iaitu Bill dan Frank.

Baca Lanjut: [Beberan] Siri TV The Last of Us – Episod 3

Jika anda ingin membaca lebih banyak berita ataupun artikel terbaru anda boleh balik ke laman utama Aksiz dan jangan lupa untuk mengikut media sosial Aksiz iaitu Facebook dan juga Twitter.

Sohor Kini