Remnant: From the Ashes Untuk Nintendo Switch Tiba Bulan Mac Ini

THQ Nordic telah mengumumkan yang Remnant: From the Ashes akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 21 Mac 2023 selepas diumumkan pada minggu lepas.

Remnant: From the Ashses sebelum ini telah dikeluarkan untuk untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2019. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sejak dikeluarkan lebih 3 tahun lepas, Remnant: From the Ashes telah terjual melebihi 3 juta unit, dan menerima ulasan yang baik dengan ramai yang memuji tatamain menembak yang baik tetapi sedikit mengecewakan dari segi penceritaan.

Sohor Kini