Steam Next Fest Seterusnya Berlangsung Pada 7 Februari

Steam telah mengumumkan yang Steam Next Fest seterusnya akan berlangsung bermula pada 7 Februari sehingga 14 Februari 2023. Seperti biasa, melalui acara ini, ratusan demo permainan percuma boleh dicuba oleh pemain.

Senarai permainan yang ditawarkan akan tersenarai di laman ini apabila acara bermula, buat masa ini anda boleh daftar untuk mendapatkan peringatan.

Steam Next Fest sebelum ini dianjurkan sebagai ganti kepada pelbagai acara fizikal yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19, namun acara ini telah menjadi acara setiap suku untuk memberi peluang kepada pemain mencuba pelbagai permainan termasuk juga yang masih sedang dibangunkan.

Sohor Kini