For Honor Umum Hero Baharu Hiba – Tiba Februari Ini

Ubisoft telah mengumumkan hero baharu untuk permainan For Honor dan juga mengesahkan yang permainan tersebut akan terus menerima kandungan baharu untuk tahun ke-7.

Hero baharu yang diumumkan adalah Hiba iaitu seorang Afeera yang berasal dari Kingdom of Arabia dan menggunakan mace dan shield.

Pemain boleh dapatkan Afeera ini bermula 2 Februari melalui berkas yang akan ditawarkan bersama dengan barangan di dalam permainan termasuk juga kostum. Afeera juga boleh didapatkan secara kendiri bermula pada 16 Februari.

Bagi yang tidak memiliki For Honor, permainan ini boleh dimainkan secara percuma bermula pada 2 sehingga 9 Februari. Pemain yang log masuk dari 9 Februari sehingga 16 Februari pula akan menerima kostum percuma.

For Honor sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini