HBO Mengesahkan Musim Kedua Untuk The Last of Us

HBO hari ini telah mengumumkan yang siri TV The Last of Us akan menerima musim kedua dengan musim pertama baru sahaja menerima 2 episod tetapi sudah mencukupi untuk memperlihatkan yang siri ini sangat popular.

Episod pertama telah ditonton melebihi 4.7 juta penonton pada hari pertama menjadikan antara tonton tertinggi untuk siri baharu. Episod kedua juga dikatakan telah menjadi episod kedua tertinggi di dalam sejarah HBO.

Musim pertama untuk The Last of Us akan mempunyai 9 episod dengan 2 episod sudah disiarkan pada 2 minggu lepas, anda boleh baca perbincangan kami mengenai episod 1 dan juga episod 2. Anda juga boleh baca ulasan penuh melalui pautan berikut – Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama.

Musim pertama dikatakan akan mengikut The Last of Us Part I oleh itu bagi musim kedua berkemungkinan besar akan mengikut The Last Us Part II.

Siri The Last of Us disiarkan melalui HBO Go dengan episod baharu tiba pada setiap hari Isnin.

Sohor Kini