Kemaskini: TFC Esports telah mengumumkan 1CAA sebagai pemain pertama untuk pasukan mereka. 1CAA adalah pemain di bawah Homebois yang dipinjamkan.

Kelab Bola Sepak Terengganu, Terengganu FC iaitu penaung untuk Esports Malaysia Terengganu telah mengumumkan yang mereka akan terlibat dengan kejohanan PUBG Mobile Pro League melalui pasukan mereka TFC Esports.

Buat masa ini senarai pemain untuk TFC Esports tidak diumumkan lagi, akan tetapi dengan transfer window untuk PMPL Malaysia telah ditutup, pengumuman mungkin akan tiba tidak lama lagi.

PUBG Mobile Pro League Musim Ke-7 ini memperlihatkan kejohanan tersebut kembali melibatkan pasukan dari Malaysia sahaja berbanding pada musim-musim lepas yang turut menyertakan pasukan dari Singapura dan Filipina.

Pasukan-pasukan dari Singapura dan Filipina sebaliknya akan terlibat dengan kejohanan PMPL SEA Wild Card yang turut melibatkan pasukan dari Kemboja dan Myanmar.

Sohor Kini