Road 96 Menerima Permainan Sampingan Muzikal

DigiArt dan Ravenscourt telah mengumumkan Road 96: Mile 0 iaitu permainan aksi pengembaraan yang menyertakan komponen muzikal. Mile 0 juga merupakan prekuel kepada Road 96 yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Road 96: Mile 0 akan dikeluarkan pada 4 April 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Permainan ini akan berlaku di White Sands iaitu satu penempatan di Petria dan berlaku sebelum kejadian di dalam Road 96. Pemain akan mengawal dua watak iaitu Zoe dan Kaito iaitu dua remaja yang mempunyai pendirian tersendiri.

Sohor Kini