The Hollywood Reporter telah melaporkan yang dua siri TV berdasarkan watak DC iaitu Titans dan Doom Patrol tidak lagi diteruskan selepas musim terkini iaitu musim ke-4 yang masih lagi sedang disiarkan.

Pengakhiran siri ini dikatakan berkait dengan penukaran pengurusan untuk kandungan-kandungan DC yang turut memberi kesan seperti Henry Cavill tidak lagi kembali menjadi Superman dan Black Adam juga tidak akan terlibat untuk permulaan DC Universe yang baharu.

Titans telah bermula sejak tahun 2018 manakala Doom Patrol pada tahun 2019, bahagian pertama untuk musim keempat bagi kedua-dua siri sudah disiarkan manakala bahagian kedua buat masa ini masih tidak mempunyai tarikh.

Penerbit kedua-dua siri mengatakan yang mereka akan menyediakan pengakhiran untuk kedua-dua siri ini, agar ia tidak tergantung.

Di Malaysia, Titans disiarkan melalui Netflix manakala Doom Patrol melalui HBO Go.

Sohor Kini