Football Manager 2023 Untuk PlayStation 5 Tiba Minggu Depan

Football Manager 2023 sudah dilancarkan pada November tahun lepas untuk hampir kesemua platform, pada awalnya ini termasuk juga untuk PlayStation 5 akan tetapi semasa pelancaran versi PS5 terpaksa ditunda kerana masalah pendaftaran dan penerimaan untuk penyenaraian di PS Store.

Terkini, Sega dan Sports Interactive telah mengumumkan yang Football Manager 2023 akhirnya akan dilancarkan pada 1 Februari 2023 iaitu pada minggu hadapan. Pra-pembelian untuknya juga sudah dibuka dan pelanggan PS Plus boleh dapatkan dengan potongan harga 20%.

Mereka mengatakan yang kebiasaannya mereka akan melancarkan Football Manager selepas tempoh pemindahan pemain sudah ditutup akan tetapi berdasarkan permintaan daripada pemain, mereka merasakan perlu melancarkan permainan ini secepat yang mungkin.

Kemaskini untuk menyertakan kesemua pemindahan yang berlaku sepanjang bulan ini akan dikeluarkan secara percuma tidak lama lagi.

Dengan pelancaran ini, menjadikan Football Manager buat pertama kalinya ditawarkan di konsol PlayStation.

Sohor Kini