Redfall Dilancarkan Pada Bulan Mei Untuk Xbox Series Dan PC

Arkane Austin ketika acara Developer Direct telah mengumumkan yang Redfall iaitu permainan aksi menembak mereka akan dilancarkan pada 2 Mei 2023 untuk Xbox Series dan juga PC selepas beberapa kali tertunda sebelum ini. Redfall juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada hari pelancaran.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi video tatamain baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah pelbagai kawasan yang boleh diteroka oleh pemain untuk melawan dengan Vampires, bukan sahaja untuk penceritaan utama tetapi juga misi-misi sampingan.

Video di atas juga memperlihatkan pelbagai kemahiran yang boleh digunakan oleh watak-watak di dalam permainan ini dengan setiap-nya mempunyai pokok kemahiran tersendiri.

Pemain juga boleh menggunakan pelbagai senjata berbeza, senjata api biasa ataupun senjata yang dicipta khas untuk melawan Vampires. Pemain juga boleh mencari pelbagai barangan untuk mengubah-suai senjata sedia ada.

Redfall boleh dimainkan secara solo ataupun secara koperasi di dalam talian sehingga 4 pemain.

Sohor Kini